Kenali Daku

My photo
Ibu kepada 7 cahayamata yg saya gelarkan bintang di syurga..kerana mereka saya kuat..kerana mereka saya inginkan kejayaan dari setiap pelusuk yg ada.. Surirumah dengan kerjaya homebakers..saya juga independant distributors untuk shaklee.. saya selalu bersikap positif dalam apa jua tekanan..insyaallah kerana itu saya boleh berjaya.. jumpa saya insyaallah banyak perkongsian yg baik untuk saya kongsikan..

Saturday, June 14, 2014

Keguguran-Punca & Penyelesaian Dengan Shaklee

Anda bertuah bila diberitakan hamil...tiada yg dapat menggambarkan perasaan itu..sempurna rasanya menjadi seorang wanita,bila disahkan hamil.
Tiba tiba seawal 6 minggu kehamilan..berlaku pendarahan yg keluar melalui faraj,apabila pemeriksaan dibuat anda disahkan pula mengalami keguguran..kenapa ia terjadi..
Walaupun 10-20% keguguran tidak diketahui punca dan sebabnya, berikut adalah 8 sebab yang kerap dikaitkan dengan keguguran


1. Kromosom yang tidak normal
Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik, dengan total 23 pasang, satu set dari ibu dan satu set dari bapa.
Kadang-kadang, apabila telur dan sperma bertemu, salah satu dari kromosom menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunyai kromosom yang tidak normal yang akan mengakibatkan keguguran.
Dalam kes yang sangat jarang, pasangan didapati mempunyai kecacatan pada kromosom mereka tetapi ketidaknormalan ini yang tidak memberi sebarang kesan negatif kepada diri mereka sendiri, tetapi boleh menyebabkan keguguran berulang sekiranya kehamilan berlaku.

Apa yang boleh anda lakukan
Jika anda mengalami keguguran pertama kali, jangan terlalu risau. Kemungkinan untuk anda hamil lagi dan melahirkan anak yang sihat adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika kehamilan kedua juga mengalami keguguran lagi, anda mungkin ingin mempertimbangkan samada tisu janin anda dihantar ke makmal untuk ujian kromosom. Sekiranya keputusan didapati normal, ujian-ujian yang lebih terperinci mungkin akan disarankan. Bagi mereka yang mengalami kromosom tidak normal, rujukan kepada pakar genetik mungkin akan disarankan.

2. Kecacatan pada sistem peranakan
Jika anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran senang berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna dan keguguran akan berlaku. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10 peratus daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar yang dipanggil “cervical incompetence” juga boleh membawa kepada keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh janin yang semakin membesar meninggikan tekanan dalam rahim menyebabkan pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan senang.

Apa yang boleh anda lakukan
Anda mungkin akan disarankan menjalani ujian Hysteroscopi atau Laparoscopi untuk diagnosa yang tepat samada anda mengalami ketidaknormalan pada rahim. Sekiranya diagnosa sudah dipastikan dengan tepat, pembedahan yang sesuai mungkin akan disarankan. Sekiranya berlaku pangkal rahim yang longgar doktor mungkin akan mengesorkan pembedahan ikat pangkal rahim atau dipanggil cervical cerclage.

3. Masalah ketumbuhan pada sistem peranakan
Masalah peranakan lain seperti Fibroid juga boleh mengganggu sistem peranakan anda dengan menghalang implantasi yang berkesan dan boleh menyebabkan keguguran. Penyakit endometriosis juga dikaitkan dengan keguguran kerana bahan kimia dari sista endometriosis adalah toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran.

Apa yang boleh anda lakukan
Sekiranya pasti anda mengalami fibroid, pembedahan membuang fibroid yang dipanggil myomectomy mungkin akan disarankan. Jika endometriosis menjadi punca masalah anda, pembedahan membuang sista dan tisu-tisu endometriosis menjadi penting sekiranya anda ingin hamil semula.

4. Masalah Immunologi
Terdapat masalah perubatan di mana badan wanita hamil mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang janin dan menyebabkan keguguran berlaku. Masalah ini atau lebih dikenali sebagai Sindrom Antiphospholipid terjadi disebabkan janin yang terbentuk dari sperma dianggap sebagai objek asing atau virus pada tubuh wanita hamil. Tubuh wanita seterusnya akan membentuk antibodi dan menyerang janin yang terbentuk dan berlakulah keguguran.

Apa yang anda perlu lakukan
Walaupun rawatan terhadap masalah ini masih dalam peringkat eksperimen dan hasilnya tidak begitu memuaskan, doktor selalunya akan menyarankan rawatan ubat aspirin, heparin atau steroid untuk mengurangkan risiko keguguran anda.

5. Penyakit perubatan yang tidak terkawal 
Masalah penyakit tiroid, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang yang tidak terkawal dikaitkan dengan persekitaran yang tidak sesuai untuk janin hidup dengan sihat seterusnya akan menjurus kepada masalah keguguran.

Apa yang anda perlu lakukan
Pastikan masalah perubatan anda terkawal sebelum merancang untuk hamil. Jumpa doktor dan tukar cara hidup kepada yang lebih sihat.

6. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.

Apa yang anda perlu lakukan
Jumpa doktor anda untuk memastikan anda bebas dari kencing manis sebelum hamil. Doktor mungkin akan menyarankan Pil Metformin sekiranya anda kebal pada insulin.Pastikan berat badan anda dalam BMI yang optimal dengan bersenam dan diet yang sesuai.

7. Jangkitan Kuman
Jangkitan kuman seperti rubella, cytomegalovirus, toxoplasmosis dan bacterial vaginosis boleh menyebabkan keguguran, tetapi ia jarang jarang terjadi. Agak sukar untuk mendapatkan jangkitan rubella disebabkan pemberian vaksin diperingkat sekolah dan risiko untuk toxoplasmosis semasa hamil pula adalah kurang dari 0.2%.

Apa yang anda perlu lakukan
Sekira anda pengemar kucing, keguguran bukan sebab untuk anda membuang kucing anda kerana kemungkinan besar anda sudah pun imun pada jangkitan ini, jadi risiko janin terjangkit dengan jangkitan toxoplasmosis adalah sangat rendah. Kajian perubatan menunjukkan 60% wanita sudahpun imun kepada toxoplasma sebelum mereka hamil lagi.
Walaubagaimanapun, jumpa doktor sekiranya anda risau keguguran anda mungkin berpunca dari jangkitan kuman. Ujian darah boleh mengesahkan anda pernah mengidap penyakit ini tetapi mungkin tidak dapat memberikan jawapan samada ia penyebab keguguran anda. Rawatan Antibiotik mungkin akan disarankan.

8. Gaya Hidup tidak sihat (Rokok, Alkohol, Dadah, Toksin Alam Sekitar)
Kajian perubatan mendapati Nikotin yand disedut dari rokok dapat mengalir ke dalam darah dan menebusi uri anda dan seterusnya mengganggu bekalan darah dan pertumbuhan janin. Statistik menunjukkan perokok mempunyai dua kali risiko untuk gugur berbanding dengan bukan perokok. Minum alkohol yang keterlaluan juga dikaitkan dengan keguguran.
Kajian juga menunjukkan wanita yang bekerja di ladang, di bilik operasi, pejabat dan klinik pergigian makmal mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi dari biasa di atas sebab sebab yang tidak diketahui.

Apa yang anda perlu lakukan
Elakkan semua tabiat yang boleh merosakkan badan anda sebelum mencuba untuk hamil untuk memastikan kandungan yang sihat. Sekiranya anda mengesyaki tempat kerja anda boleh memberikan kesan terhadap kehamilan anda, beritahu doktor anda tentang kerisauan anda.

SIAPA YANG BERISIKO ? APA PUNCA KEGUGURAN?

Sebahagian besar keguguran terjadi dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan dan pada kadar 15 hingga 20 peratus daripada semua kehamilan. Bila terjadi keguguran, ramai wanita menyalahkan diri sendiri dan cuba mencari alasan mengapa keguguran terjadi.

Dalam kebanyakan kes, pesakit tidak akan dapat mencari jawapan kerana punca keguguran biasanya tidak diketahui. Dianggarkan bahawa lebih separuh daripada semua keguguran disebabkan oleh masalah berkaitan dengan kromosom janin. Masalah kromosom ini berlaku secara rawak dan boleh berlaku pada setiap peringkat kejadian janin. Ketika telur dan sperma bergabung, ribuan langkah perlu berlaku untuk membentuk janin normal, dan jika masalah berlaku pada jumlah kromosom atau struktur kromosom, maka keguguran boleh berlaku.

Kajian menunjukkan sebahagian besar aspek kehidupan seharian tidak meningkatkan risiko keguguran. Setakat ini tidak ada bukti yang menunjukan kegiatan seperti bekerja, bersukan, cara pemakanan dan seks berkait dengan keguguran. Seperti juga masalah emosi, tekanan dan morning sickness tidak menjurus ke arah berlakunya keguguran.
Dalam hal sebegini, jangan salahkan diri sendiri. Kebanyakan keguguran biasanya berlaku secara kebetulan dan bukan sesuatu anda boleh cegah.


APA YANG SHAKLEE DAPAT BANTU?

Set Keguguran & Kesuburan  SHAKLEE sememangnya membantu memulihkan sistem badan dan menstabilkan hormon wanita itu sendiri..JOM semak apa yg ada dalam set kesuburan SHAKLEE dan fungsinya.ESP

ESP -Energizing Soy Protein
bertindak untuk memastikan sel ovum sihat dan memudahkan persenyawaan. ESP juga merupakan makanan asas untuk memastikan sel-sel dalam badan sihat dan sempurna.


Zinc Complex

Zinc berperanan dalam proses pembentukan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian serta memberikan tenaga untuk sperma supaya leih aktif untuk menuju ke ovum.

Zinc juga membantu proses pembentukan genetik iaitu DNA. Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan zinc pada lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma abnormal dan penyakit prostat.
Bagi wanita, zinc digunakan bagi melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.


GLA Complex


GLA ni akan membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti iaitu mukus serviks putih telur. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah dan likat dan akan membantu sperma berenang terus ke uterus, tiub fallopian dan ke telur (Ovum). Cecair ini juga membantu sperma hidup lebih lama sehingga 5 hari di dalam tiub fallopian yang akan membantu proses persenyawaan walaupun pasangan tidak melakukan hubungan seksual semasa isteri sedang subur.

Kalau anda perasan masa masa subur tu ada cecair yang akan keluar dari kemaluan selain suhu badan akan naik dalam satu darjah celcius dan itu menandakan waktu subur kita. Ada juga wanita yang kekurangan cecair ni. Apa2pun sebagai manusia ini adalah salah satu usaha kita kan. Insya Allah


Alfalfa Complex

Membantu mengatasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau sengugut ketika haid. Selain itu Alfalfa membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip Fatimah). Ada juga sumber mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.


Vitamin E & Selenium

Lebih dikenali sebagai 'vitamin seks'. Vitamin E bertindak untuk menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain. Ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan reproduksi lelaki & wanita.  Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, supplement Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.


Vita-Lea

Mengandungi 28 multivitamin dan multimineral yang membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ianya memenuhi ruang-ruang kosong dalam tubuh kita dengan nutriesn yang tidak dibekalkan dalam diet harian kita. Bila badan kita dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.


B-Complex

B-Complex sangat penting bagi bakal ibu yang merancang untuk hamil kerana mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bagi mengalami spina bifida. B-Complex lengkap dengan kandungan vitamin B6(13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan B-Complex amat disarankan  bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.



Hubungi :Puan Mariam
SID 1101120
012 6340822
call/pm/whatsapp untuk khidmat nasihat percuma

Sumber Rujukan :portalibu.com





No comments:

Post a Comment