Kenali Daku

My photo
Ibu kepada 7 cahayamata yg saya gelarkan bintang di syurga..kerana mereka saya kuat..kerana mereka saya inginkan kejayaan dari setiap pelusuk yg ada.. Surirumah dengan kerjaya homebakers..saya juga independant distributors untuk shaklee.. saya selalu bersikap positif dalam apa jua tekanan..insyaallah kerana itu saya boleh berjaya.. jumpa saya insyaallah banyak perkongsian yg baik untuk saya kongsikan..

Saturday, June 14, 2014

Keguguran-Punca & Penyelesaian Dengan Shaklee

Anda bertuah bila diberitakan hamil...tiada yg dapat menggambarkan perasaan itu..sempurna rasanya menjadi seorang wanita,bila disahkan hamil.
Tiba tiba seawal 6 minggu kehamilan..berlaku pendarahan yg keluar melalui faraj,apabila pemeriksaan dibuat anda disahkan pula mengalami keguguran..kenapa ia terjadi..
Walaupun 10-20% keguguran tidak diketahui punca dan sebabnya, berikut adalah 8 sebab yang kerap dikaitkan dengan keguguran


1. Kromosom yang tidak normal
Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik, dengan total 23 pasang, satu set dari ibu dan satu set dari bapa.
Kadang-kadang, apabila telur dan sperma bertemu, salah satu dari kromosom menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunyai kromosom yang tidak normal yang akan mengakibatkan keguguran.
Dalam kes yang sangat jarang, pasangan didapati mempunyai kecacatan pada kromosom mereka tetapi ketidaknormalan ini yang tidak memberi sebarang kesan negatif kepada diri mereka sendiri, tetapi boleh menyebabkan keguguran berulang sekiranya kehamilan berlaku.

Apa yang boleh anda lakukan
Jika anda mengalami keguguran pertama kali, jangan terlalu risau. Kemungkinan untuk anda hamil lagi dan melahirkan anak yang sihat adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika kehamilan kedua juga mengalami keguguran lagi, anda mungkin ingin mempertimbangkan samada tisu janin anda dihantar ke makmal untuk ujian kromosom. Sekiranya keputusan didapati normal, ujian-ujian yang lebih terperinci mungkin akan disarankan. Bagi mereka yang mengalami kromosom tidak normal, rujukan kepada pakar genetik mungkin akan disarankan.

2. Kecacatan pada sistem peranakan
Jika anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran senang berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna dan keguguran akan berlaku. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10 peratus daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar yang dipanggil “cervical incompetence” juga boleh membawa kepada keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh janin yang semakin membesar meninggikan tekanan dalam rahim menyebabkan pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan senang.

Apa yang boleh anda lakukan
Anda mungkin akan disarankan menjalani ujian Hysteroscopi atau Laparoscopi untuk diagnosa yang tepat samada anda mengalami ketidaknormalan pada rahim. Sekiranya diagnosa sudah dipastikan dengan tepat, pembedahan yang sesuai mungkin akan disarankan. Sekiranya berlaku pangkal rahim yang longgar doktor mungkin akan mengesorkan pembedahan ikat pangkal rahim atau dipanggil cervical cerclage.

3. Masalah ketumbuhan pada sistem peranakan
Masalah peranakan lain seperti Fibroid juga boleh mengganggu sistem peranakan anda dengan menghalang implantasi yang berkesan dan boleh menyebabkan keguguran. Penyakit endometriosis juga dikaitkan dengan keguguran kerana bahan kimia dari sista endometriosis adalah toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran.

Apa yang boleh anda lakukan
Sekiranya pasti anda mengalami fibroid, pembedahan membuang fibroid yang dipanggil myomectomy mungkin akan disarankan. Jika endometriosis menjadi punca masalah anda, pembedahan membuang sista dan tisu-tisu endometriosis menjadi penting sekiranya anda ingin hamil semula.

4. Masalah Immunologi
Terdapat masalah perubatan di mana badan wanita hamil mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang janin dan menyebabkan keguguran berlaku. Masalah ini atau lebih dikenali sebagai Sindrom Antiphospholipid terjadi disebabkan janin yang terbentuk dari sperma dianggap sebagai objek asing atau virus pada tubuh wanita hamil. Tubuh wanita seterusnya akan membentuk antibodi dan menyerang janin yang terbentuk dan berlakulah keguguran.

Apa yang anda perlu lakukan
Walaupun rawatan terhadap masalah ini masih dalam peringkat eksperimen dan hasilnya tidak begitu memuaskan, doktor selalunya akan menyarankan rawatan ubat aspirin, heparin atau steroid untuk mengurangkan risiko keguguran anda.

5. Penyakit perubatan yang tidak terkawal 
Masalah penyakit tiroid, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang yang tidak terkawal dikaitkan dengan persekitaran yang tidak sesuai untuk janin hidup dengan sihat seterusnya akan menjurus kepada masalah keguguran.

Apa yang anda perlu lakukan
Pastikan masalah perubatan anda terkawal sebelum merancang untuk hamil. Jumpa doktor dan tukar cara hidup kepada yang lebih sihat.

6. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.

Apa yang anda perlu lakukan
Jumpa doktor anda untuk memastikan anda bebas dari kencing manis sebelum hamil. Doktor mungkin akan menyarankan Pil Metformin sekiranya anda kebal pada insulin.Pastikan berat badan anda dalam BMI yang optimal dengan bersenam dan diet yang sesuai.

7. Jangkitan Kuman
Jangkitan kuman seperti rubella, cytomegalovirus, toxoplasmosis dan bacterial vaginosis boleh menyebabkan keguguran, tetapi ia jarang jarang terjadi. Agak sukar untuk mendapatkan jangkitan rubella disebabkan pemberian vaksin diperingkat sekolah dan risiko untuk toxoplasmosis semasa hamil pula adalah kurang dari 0.2%.

Apa yang anda perlu lakukan
Sekira anda pengemar kucing, keguguran bukan sebab untuk anda membuang kucing anda kerana kemungkinan besar anda sudah pun imun pada jangkitan ini, jadi risiko janin terjangkit dengan jangkitan toxoplasmosis adalah sangat rendah. Kajian perubatan menunjukkan 60% wanita sudahpun imun kepada toxoplasma sebelum mereka hamil lagi.
Walaubagaimanapun, jumpa doktor sekiranya anda risau keguguran anda mungkin berpunca dari jangkitan kuman. Ujian darah boleh mengesahkan anda pernah mengidap penyakit ini tetapi mungkin tidak dapat memberikan jawapan samada ia penyebab keguguran anda. Rawatan Antibiotik mungkin akan disarankan.

8. Gaya Hidup tidak sihat (Rokok, Alkohol, Dadah, Toksin Alam Sekitar)
Kajian perubatan mendapati Nikotin yand disedut dari rokok dapat mengalir ke dalam darah dan menebusi uri anda dan seterusnya mengganggu bekalan darah dan pertumbuhan janin. Statistik menunjukkan perokok mempunyai dua kali risiko untuk gugur berbanding dengan bukan perokok. Minum alkohol yang keterlaluan juga dikaitkan dengan keguguran.
Kajian juga menunjukkan wanita yang bekerja di ladang, di bilik operasi, pejabat dan klinik pergigian makmal mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi dari biasa di atas sebab sebab yang tidak diketahui.

Apa yang anda perlu lakukan
Elakkan semua tabiat yang boleh merosakkan badan anda sebelum mencuba untuk hamil untuk memastikan kandungan yang sihat. Sekiranya anda mengesyaki tempat kerja anda boleh memberikan kesan terhadap kehamilan anda, beritahu doktor anda tentang kerisauan anda.

SIAPA YANG BERISIKO ? APA PUNCA KEGUGURAN?

Sebahagian besar keguguran terjadi dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan dan pada kadar 15 hingga 20 peratus daripada semua kehamilan. Bila terjadi keguguran, ramai wanita menyalahkan diri sendiri dan cuba mencari alasan mengapa keguguran terjadi.

Dalam kebanyakan kes, pesakit tidak akan dapat mencari jawapan kerana punca keguguran biasanya tidak diketahui. Dianggarkan bahawa lebih separuh daripada semua keguguran disebabkan oleh masalah berkaitan dengan kromosom janin. Masalah kromosom ini berlaku secara rawak dan boleh berlaku pada setiap peringkat kejadian janin. Ketika telur dan sperma bergabung, ribuan langkah perlu berlaku untuk membentuk janin normal, dan jika masalah berlaku pada jumlah kromosom atau struktur kromosom, maka keguguran boleh berlaku.

Kajian menunjukkan sebahagian besar aspek kehidupan seharian tidak meningkatkan risiko keguguran. Setakat ini tidak ada bukti yang menunjukan kegiatan seperti bekerja, bersukan, cara pemakanan dan seks berkait dengan keguguran. Seperti juga masalah emosi, tekanan dan morning sickness tidak menjurus ke arah berlakunya keguguran.
Dalam hal sebegini, jangan salahkan diri sendiri. Kebanyakan keguguran biasanya berlaku secara kebetulan dan bukan sesuatu anda boleh cegah.


APA YANG SHAKLEE DAPAT BANTU?

Set Keguguran & Kesuburan  SHAKLEE sememangnya membantu memulihkan sistem badan dan menstabilkan hormon wanita itu sendiri..JOM semak apa yg ada dalam set kesuburan SHAKLEE dan fungsinya.ESP

ESP -Energizing Soy Protein
bertindak untuk memastikan sel ovum sihat dan memudahkan persenyawaan. ESP juga merupakan makanan asas untuk memastikan sel-sel dalam badan sihat dan sempurna.


Zinc Complex

Zinc berperanan dalam proses pembentukan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian serta memberikan tenaga untuk sperma supaya leih aktif untuk menuju ke ovum.

Zinc juga membantu proses pembentukan genetik iaitu DNA. Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan zinc pada lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma abnormal dan penyakit prostat.
Bagi wanita, zinc digunakan bagi melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.


GLA Complex


GLA ni akan membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti iaitu mukus serviks putih telur. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah dan likat dan akan membantu sperma berenang terus ke uterus, tiub fallopian dan ke telur (Ovum). Cecair ini juga membantu sperma hidup lebih lama sehingga 5 hari di dalam tiub fallopian yang akan membantu proses persenyawaan walaupun pasangan tidak melakukan hubungan seksual semasa isteri sedang subur.

Kalau anda perasan masa masa subur tu ada cecair yang akan keluar dari kemaluan selain suhu badan akan naik dalam satu darjah celcius dan itu menandakan waktu subur kita. Ada juga wanita yang kekurangan cecair ni. Apa2pun sebagai manusia ini adalah salah satu usaha kita kan. Insya Allah


Alfalfa Complex

Membantu mengatasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau sengugut ketika haid. Selain itu Alfalfa membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip Fatimah). Ada juga sumber mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.


Vitamin E & Selenium

Lebih dikenali sebagai 'vitamin seks'. Vitamin E bertindak untuk menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain. Ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan reproduksi lelaki & wanita.  Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, supplement Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.


Vita-Lea

Mengandungi 28 multivitamin dan multimineral yang membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ianya memenuhi ruang-ruang kosong dalam tubuh kita dengan nutriesn yang tidak dibekalkan dalam diet harian kita. Bila badan kita dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.


B-Complex

B-Complex sangat penting bagi bakal ibu yang merancang untuk hamil kerana mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bagi mengalami spina bifida. B-Complex lengkap dengan kandungan vitamin B6(13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan B-Complex amat disarankan  bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.



Hubungi :Puan Mariam
SID 1101120
012 6340822
call/pm/whatsapp untuk khidmat nasihat percuma

Sumber Rujukan :portalibu.com





Friday, June 13, 2014

Kurus Dengan Diet Ikut Jenis Darah...Tentukan Jenis Darah Anda......

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.

Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang.

Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.

Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.

Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.

Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A, B, AB, dan O.

Diet Untuk Golongan Darah ‘A’

Dr. Peter J.D’Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.

Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.

Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.

Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat

Snek: Jus anggur / kopi

Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba

Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau

Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.

Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak

Snek: Jus anggur

Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba

Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba

Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.

Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.

Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.

Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju

Snek: Yogurt

Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba

Snek: Kek keju dan teh herba

Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi

Diet Untuk Golongan Darah ‘O’

Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D’Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.

Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
Mudah mengadaptasi berbagai makanan
Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek: Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek: Sepotong kuih

Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba


Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D’Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.

Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D ‘Adamo ataupun tidak.

sumber : iluvislam.com

Friday, June 6, 2014

Cinch Energy Tea Mix

Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman. 

•    Selamat, peningkatan tenaga semulajadi.  Diminum secara panas atau sejuk. 
•    Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
•    Peningkatan tenaga segera.
•    Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan

Harga:RM131.00/28 sticks

Cinch Shake Mix - Inch Loss Plan

Kebaikan Cinch Shake Mix Shaklee :
Makanan segera untu yang aktif.
Menu Sarapan, Makan Tengah Hari, dan Makan Malam yang ringkas dan mudah
Tinggi kandungan serat, memberi rasa puas dan kenyang.
Mengandungi nutrisi yang lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan.
Setiap kali anda minum Shaklee Cinch, anda akan mendapat 24gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral yang penting dan 6gram serat larut (dicadangkan diambil bersama 1sudu ESP – Energizing Soy Protien). Ini penting kerana protin digunakan untuk membina otot bagi manaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori.

Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga pada Leucine – nutrisi penting didalam Cinch untuk keperluan tubuh kita .

Faedah Utama :

Terdapat dalam 3 perasa yang menjadikannya lazat mengikut selera pelanggan. ( Perisa Cafe, Vanilla dan Coklat)
Indeks Glisemik -22 amat sesuai untuk pengidap kencing manis.
Cinch kaya dengan protin dengan leucine – asid amino
Tinggi kandungan serat
Merendahkan kadar gula tapi memberi tenaga
Tiada perasa, warna atau pemanis tiruan
Memberi 35% nilai harian vitamin dan zat dalam setiap hidangan.

Harga:RM173.00/765grams

Performance Drink

Performance Drink ini sangat istimewa. Mampu memberi kecergasan dan sesuai untuk seisi keluarga. Amat disyorkan sepanjang berpuasa dan ketika cuaca panas sekarang ini untuk mengekalkan kadar bendalir dalam tubuh. Selain itu, Performance Drink berperisa oren ini istimewa kerana

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia bole tolong cegah dehydration tu.


Harga:RM82.50/539gm

GLA Complex

Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Harga :RM91.20/60 softgel

NutriFeron

Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima.

Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan
Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon® selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.

Nutriferon® mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

Siapa yang memerlukan NutriFeron?

- individu yang rendah sistem imun dan sebarang penyakit yang berkaitan dengan imuniti/antibodi seperti flu, cancer, asma
- individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
- individu yang apabila sakit (demam), demamnya melarat melebihi seminggu.
- ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.

Harga:RM181.00/30 sachet

DTX Complex

Shaklee DTX Complex mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok.

• Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.*

  • menyediakan makanan sokongan bagi sel pembaharuan sel hati
  • dapat melindungi dan meransang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel sel hati yg sihat
Tiada perasa tiruan, pemanis, warna-warna, atau bahan pengawet tambahan. 

Harga : RM155.00/120 tablet

Peppermint Ginger Plus

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman
dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan
dapat melegakan senak perut.
Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan
sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan
dan menyamankan perut.

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina,
halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan.
Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk
minuman herba semulajadi.
Tiada perasa tiruan, pemanis,
pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Harga:RM45.00/90 tablet

Herb-Lax

Herb-Lax Shaklee terdiri daripada 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root. Apakah fungsi herba-herba semulajadi yang terdapat dalam Herb-Lax ni ek?


Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
Buckhorn Bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.
Fennel Seeds – Mengeluarkan toksin yg terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalahsembelit dan kembung perut atau usus.
Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik.
Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.

Apakah keistimewaan Herb-Lax Shaklee?
· Membersihkan najis yang tersekat / tersimpan lama dlm tubuh
· Merangsang usus utk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
· Membantu masalah sembelit
· Mengempiskan perut
· Melawaskan pembuangan air besar.

Harga
: RM52.50 sebotol (120biji)

Garlic Complex

APA PERBEZAAN GARLIC SHAKLEE?
Dibuat daripada baang putih premium, BEBAS racun perosak dan ditanam secara organik di Carlifornia, USA di waktu musim panas.
Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpahaba utk memastikan pengekalan 100% Alicin aktif.
Perisa herbanya terhasil dari 2 ekstrak herba (rosemary & spearmint). Mengandungi pelbagai vitamin E utk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesananya dalam tubuh kita.
2 tablet garlic Shaklee membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen = 2 ulas garlic segar.

MANFAAT UTAMA :
Mengandungi spearmint - meningkatkan fungsi jantung, sistem penghadaman.
Antibiotik yang selamat dan semulajadi - selamat utk kegunaan jangka panjang utk tingkatkan sisitem imun, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
Menghalang elergi - mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung sensitif, sinus, alergi, athma, selesema dan hepatitis
mempertingkatkan sistem penghadaman - formula uniknya mampu mengatasi masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik,ketidakhadaman. Juga mampu menentang bakteria H. pylori bakteria & menghalang ulser gastric.
Stabilkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2 -4 tablet garlic akan menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point.
detoksifikasi - garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yg akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel2 darah dari kemusnahan dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.
Turunkan kolesterol - menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, kurangkan kebekuan darah, meningkatkan HDL, lindungi jantung danmenghalang strok dan penyakit koronari.
Mencegah kanser - bantu mengelakkan dan merawat kanser dgn mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine.
Stabilkan glukos - membantu stabilkan glukos dalam badan kita.

Harga :RM47.50/60 tablet



Omega Guard

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.


SUMBER OMEGA 3

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee
1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari
    ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal
    berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum,
    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee
1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?
1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

Harga : RM136.00/90 kapsul

CoQHealth Plus

CoQ Health Plus merupakan suplemen tambahan yang dirumus khas untuk kesihatan jantung. Jantung merupakan organ penting yang sentiasa bekerja keras untuk tubuh kita. Jantung kita mengepam 7,570 liter darah dan berdenyut sebanyak 100,000 kali dalam sehari. Maka, jantung memerlukan tenaga untuk memastikannya dapat berfungsi dengan baik setiap hari. Koenzim Q10 yang terdapat dalam suplemen CoQ Health plus mampu membantu membekalkan tenaga buat jantung kita.

Sedikit pengenalan mengenai CoQ10. CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang terdapat dalam setiap sel tubuh kita untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik. CoQ10 lebih banyak ditemui pada organ yang bekerja lebih keras seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas. CoQ10 boleh diperolehi dari sumber makanan harian seperti berikut:


  • Daging 
  • Ayam
  • Kekacang
  • Brokoli
  • Oren
Walaubagaimanapun kandungannya adalah kurang dari 10mg sehari, di mana ia tidak mencukupi untuk membekalkan tenaga buat organ penting tubuh kita. Tahap kandungan CoQ10 juga akan semakin menurun dengan peningkatan usia kita. Maka, pengambilan suplemen tambahan adalah sangat diperlukan.


CoQ Health Plus mengandungi 28mg CoQ10, bersamaan dengan 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli. Ia dihasilkan dari sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Keunikan CoQ Health Plus keluaran Shaklee, selain CoQ10 sebagai nutrisi utama, ia juga mempunyai tambahan Vitamin E dan estrak Green Tea untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan dan menyokong kesihatan endothelium, iaitu lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung. Tidak mengandungi gluten.


Melalui kajian Professor Brian Peskin, setiap prang yang berumur 30 ke atas perlu mengambil CoQ10 sekiranya mereka mempunyai masalah-masalah berikut:
Kekurangan tenaga seperti letih dan lesu yang konsisten
Masalah jantung dan mempunyai sejarah keluarga menghidap sakit jantung
Orang yang mengambil statins (ubat mengurangkan kolesterol)
Wanita yang mengambil pil perancang keluarga kerana pil dipercayai boleh menghalang penghasilan CoQ10
Tekanan darah tinggi
Ketagih rokok

Selain jantung, CoQ10 Health Plus juga membantu:
Meningkatkan pengaliran darah
Meningkatkan pengeluaran insulin bagi penghidap diabetes. CoQ10  membantu memberikan tenaga kepada organ pankreas untuk penghasilan insulin
Meningkatkan fungsi hati dan buah pinggang
Meningkatkan kesuburan
Mengawal tekanan darah
Mengawal kolestrol
Membantu membaikpulih migrain
Melindungi kulit dan anti penuaan. Banyak digunakan dalam kosmetik
Membantu mencegah dan melawan kanser
Parkinson’s , Hungtington’s, Alzheimer’s, Freidreich’s ataxia dan Lou Gehrig’s Disease. CoQ10 berperanan melindungi saraf untuk penyakit-penyakit tersebut
Nutrisi ketika berpantang untuk menghilangkan keletihan dan memperbaiki peredaran darah
 
Jadikan pengambilan CoQ10 Health Plus sebagai amalan harian anda untuk perlindungan organ utama tubuh anda terutamanya jantung. Seperti tubuh, organ penting turut memerlukan tenaga untuk berfungsi dengan lebih efektif. Apabila organ penting dapat berfungsi dengan baik, tubuh akan lebih bertenaga.

Harga :RM124.00/30 kapsul

OsteMatrix

Anda tentu biasa dengar berkenaan kalsium kan? Rasanya jarang yang tidak tahu pasal kalsium kerana hari-hari kita dihidangkan dengan iklan susu. Semua sedia maklum yang susu mengandungi kalsium. Tahukah kita betapa peningnya kalsium? Kepentingan utama kalsium sudah tentu untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Beberapa fakta menarik lain tentang kalsium (ostematrix) saya petik dari web Shaklee.

Selain dari untuk tulang dan gigi, kalsium berfungsi untuk:
1. Mengekalkan tekanan darah yang normal.
2.Membantu pengecutan otot dan saraf
3.Membantu mengurangkan sindrom PMS seperti kekejangan, kembung, moody. Amat sesuai bagi wanita yang selalu berhadapan masalah bila didatangi haid.

Apa Ada Dalam Kalsium (Ostematrix) Shaklee?

KALSIUM
250mg kalsium dalam setiap caplets. Individu digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium setiap hari dan cara yang terbaik bukanlah ambil sekaligus 1000mg kerana ianya tidak akan menghasilkan kesan yang baik. Kenapa? Sebabnya kalsium dapat diserap dengan baik bila diambil dalam dos yang rendah. Sebaiknya adalah tidak lebih dari 500mg setiap kali pengambilan. Sebab itu Ostematrix Shaklee dicadangkan diambil 4 biji sehari di mana 2 biji diambil setiap pengambilan.
Dan Kalsium (ostematrix) juga baik diambil bersama makanan.Bukannya ketika perut kosong.

Harga:RM61.00/120 tablet

Advance Joint Health Tablet (AJHT)

Shaklee Advance Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan Paten Tertunda,ektrak jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink,Tembaga,Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakkan,Campuran formula sintifik ini juga mengandungi ekstrak jagung yg membekalkan satu sumber glukosamina yg pekat yg dapat akan memanfaatkan kesihatan sendi seperti berikut


  • menyokong keselesaan sendi
  • membantu mengekalkan tulang rawan
  • memelihara tisu penyambung yg sihat
Harga : RM124.00/60 tablet

Collagen Powder

Shaklee Colagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yg mengandungi 4000mg propietary RSS(Red Snapper Scale)..

Kolagen yg berkualiti tinggi dan tulen yg diekstrak daripada sisik ikan merah..ia juga dicampur dengan 7 bahan utama seperti estrak biji benih Camellia Japonica,ekstrak Pfaffia,Kolagen Ikan,ekstrak kerang kerangan,Lactobacillus Acidophilus,Vitamin C dan Vitamin B yg memeberikan khasiat seperti berikut


  • menyokong produksi kolagen untuk meningkatkan ketegangan,keanjalan dan kelembutan kulit
  • mengecilkan liang pori pori,kedutan dan garis gais halus yg kelihatan
  • kulit lebih putih dan licin
  • menggalakkan kuku yg kuat,rambut yg tebal dan bersinar
  • membantu menegang dan menganjalkan payudara
Harga RM298.00/15 sachet